Sunday, August 30, 2009

ikhlaskah hati selama ini??

Alhamdulillah...rase sangat lega,relax dan em, sangat tenang..alhamdulillah..tapinya kerje tetap berlambak lagi..perlukan permulaan yang awal dan terus bergerak..alhamdulillah dah nak masuk 10 ramadhan..jadinya, setakat ni..macam mane amalan kita..macam mane kualiti puasa kita..aku sendiri cuba untuk meningkatkan kualiti puasa ni sebenarnya..amalan sunat yang lain harap terus berterusan walaupun bukan dalam bulan Ramadhan..tapi barokahnya bulan ni bila masing-masing mula untuk berubah dan menghormati agama suci ini..cuma, masih tetap ada kekurangan apabila hanya di bulan ramadhan sahaja diamalkan..masuk syawal, seakannya tiada lagi dan tak perlu lagi amalan2 sunat yang lain..tanya iman, tanya hati dengan ikhlasnya..

banyak gak cerita ni nak pulak jari ni tengah nak menekan2 keyboard ni ha..
em, hari tu aku didenda dengan hormatnya (huhuhu) dengan encik malikie..huhu..salah aku lah kan tak buat fotostat helaian yang perlu difotostat tu..at last, aku kena buat kronologi kerajaan tempatan individu bersama beberapa orang lain yang seangkatan..then, pukul dua petang, at the same day, i must to send it..pukul2.20 p.m aku melangkah ke bilik pensyarah yang digeruni ramai ni..dan aku masuk..aku baca kronologi tu tak habis pun sampai titik terakhir. aku disuruh berhenti dan bermulalah sesi pembasuhan mindaku ini..huhu..

tapi, bila aku keluar dari bilik tu, aku semacam dapat satu semangat dan satu kesedaran yang sangat mendalam..apa yang menusuk jantung aku sekali..hehehe..bila disebut pasal keikhlasan..apa jua yang kita buat kena ikhlas..aku kembali fikir diri aku..sejauh mana aku ikhlas dengan semua yang aku buat,dengan semua yang aku terima..alhamdulillah, atleast, aku dapat sesuatu yang sangat berharga untuk jadi lebih baik..huhu..harap2 tak kena denda lagi..

membaca novel Tombiruo Terakhir karya Ramlee Awang Murshid lagi..watak Ejim/Tombiruo/Amaruddin yang bermuka hodoh semualjadinya, tapi dia digambarkan watak manusia yang redha dengan ketentuan Tuhan, ikhlas melakukan apa jua..Ejim dalam karya ini bukan seorang islam pada awalnya, sebaliknya memeluk islam dari kembarnya yang berwajah normal, Amiruddin..dan kemudian watak Teraji yang juga hodoh yang lahir dari ibu tumpangan..hasil penyelidikan Dr Bruno, seorang saintis yang mengklonkan manusia dan serigala..Teraji yang hodoh lahir dari ekseperimen itu adalah watak yang sangat bercelaru kehidupannya.. berhalusiniasi dengan watak ibu dan ayah kononnya..aku nampak satu perbandingan nyata di sini apabila, kita hidup perlu bertuhan makanya, kita akan jelas dengan matlamat hidup dan tiada apa yang perlu dibimbangkan..Hidup dengan merasai Tuhan itu benar2 ada, dan benar menyayangi kita..dan kita juga sayang akan Tuhan yang mencipta kita..

sememangnya ia hanya watak yang digarap baik, ditulis dan disusun cantik jalan ceritanya oleh seorang manusia biasa yang dikurniakan akal hebat kurniaan Illahi, tetapi, pengajaran dari watak, perwatakan dan keseluruhan jalan cerita karya Ramlee Awang Murshid ni sememangnya banyak yang aku ambil buat panduan..satu pengakhiran agak sedih apabila dalam novel Tombiruo, Amiruddin meninggal walhal, dia dalam perancangan untuk berkahwin dengan Wan Suraya..aku suarakan kesdihan pada kakak yang juga memang kaki novel RAM..dan katanya, tak semua pengakhiran hidup ini indah..memang itulah yang selalu dan patut diingati..apa yang penting, berusaha untuk terus mencari hidup yang indah..fikirkan yang positif..hiduplah dengan berTuhan dan bersyariat yang benar..

(Macam2 terjadi sejak-menjak ni..pemergian para ulama, para ilmuan seakan tanda untuk kita bersedia dengan amal2 kita..perpecahan rakyat malaysia yang semakin nak hampir tarikh merdeka yang sangat nyata dan aku takut dengan semua tu sebenarnya..letih dengan kerenah masing-masing..tak faham2..baca pasal perarakan kepala lembu..sangat membimbangkan sensitiviti perkauman yang semakin tak dihormati..apa jua tujuannya, kembali menilai dan berfiir sebelum bertidak..jangan melulu..jika sedar itu kesilapan, kembali untuk perbaiki..masa masih ada sementara masih ada..)

Sebelum menutup tirai...aku sedang cuba memahami karya Faisal Tehrani..Kopitiam Ghadir..juga tulisan2ya terdahulu teringin sangat nak tengok teater Koptiam Ghadir..em, memang sangat mendalam bahasa2nya buat terpakasa ulang banyak kali dan berhari2.. apa pun ,mesej yang dibawanya sangat mendalam, tersirat dan fikirkan dari sudut yang positif..

"Salam kesyukuran .. Pada Robb Yang Satu, Yang Esa, aku bukan sesiapa jika bukan kerana Dia Yang Menciptaku..."

6 responds:

akuduniaku said...

salam menjenguk lae

salam ramadhan
muga nikmat ramadhan ta dilupa

salamkembali

miss R.A said...

Salam,

selamat berpuasa!
maaf zahir batin...
ya mujahidah!

melayuangkat said...

Assalamualaim Fahana,

Apa khabar di bulan Ramadan 1430 ini? Semoga segalanya baik baik belaka.

Memang susah hendak ikhlas dan cari keikhlasan tetapi tidak mustahil jika setiap yang kita lakukan adalah LillahiTaala!

WaAllahuAlam.

Pok Li said...

Kehidupan yang ikhlas memurnikan rohani dan jasmani

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Fahana,
Mm..
LOL tak pernah lagi baca Novel Tombiruo terakhir tue even selalu nengok kat MPH.
Rasanya lepas ni kena baca lah novel nie.
Hehe..

fahana_ann said...

akuduniaku & miss R.A:Wlkmslm..terima kasih>_<

melayuangkat:wlkmslm ibu,
terima kasih..em, niat LILLAHI TA'ALA tu kena selalu perbaharui..kalau tak mesti ade yg tak kena di akhirnyer..

pokli:setuju sangat..bila ikhlas, semua rasa seronok dan tenang

LOL:HEHE. MEMANG PATUT BACA PUN,TAPI KALAU MULE2 NI MESTI MAKAN HARI GAK NAK BACA TU..HEHE