Monday, November 16, 2009

jom makan angin, timba pengalaman

Akhirnya, tamat pun sesi perjuangan. fizikalnya tamat sedng mentalnya masih belum tamat memikirkan keputusan yang bakal kluar..huhu..

program bakti siswa (baksis) di Perlis insyaallah pada 22hingga 26 nanti..semoga semuanya berjalan dengan baik dengan lancar dan dihadpi dengan gembiranya...dapat keluarga angkat lagi ni...hehe..Selatan dan ada..barat pun dah..utara plak..Di Negeri Sembilan masa ikut program dengan kampung di Kampung Terachi, Negeri Sembilan..Siapa tahu angkat kening?hehe..

Cantik kampungnya...Tak dapat tengok ladang buah naga sebab kesuntukan masa..tapi memang bagus dengan penduduknya yang memang berusaha menaikkan nama kampung melalui IKS yang dijalankan..Produk makanan dan lain-lain..Keluarga kat sana pun sangat baik. Yang paling tak boleh lupa, kepedasan makanan tapi sangat sedap..bahasa yang mak cik tuturkan aku tak boleh nak tangkap..sebab mak cik cakap laju dengan bahasa nogori..pok li mesti tahu..hehe..mujur ade Kak Ina (anknya)yang tolong terjemahkan sikit2..baik hatinya Kak Lela hadiahkan kraftangan bakul daripada gulungan surat khabar...tak kan ku lupa budi baik keluarga di Terachi..

Kedua di Kampung Tampok Laut, Benut, Pontian...Yang ni baru je aku pergi sem lepas..kiranya pertengahan tahun ni..Bestnyer pasal Tampok ni sebab perkampungan bugis..Belajar bahasa bugis sikit2 je. Yang aku dapat ingat..mandre (makan), bale(ikan)..hehehe..tu pun belajar masa nak makan dengan ambok..ambok ni nama pangggilan biasa untuk ayah, abah, bapak bagi orang bugis..yang kita hormat..aku pandang ambok teringat arwah kakek (tok: dalam bahasa jawa dipanggil kakek)..sebab cara ambok macam arwah..hari terakhir, terberderai gak air mata aku sebb dengar suara ambok baca doa' untuk majlis terakhir penyerahan kembali anak dan keluarga angkat..sebak..huhuhu..tapi ambok tetap di hatiku...Kampng Tampok ni pun cantik..ada tempat rekreasi yang dah pun hampir siap..pasti dah siap sekarang...ada pulau pisang yang katanya cantik. aku belum sempat pergi masa berada di sana..insya-allah, aku nak berjalan lagi ke sana...

Mulanya berat hati sangat nak ke Felda Mata Ayer untuk program baksis tu tapidiajak beberapa kali..akhirnya, ditimbang tara, anguk jugak dan aku tahu ada banyak sangat kebaikannya, alasan utama yang aku tak nak pergi sbab aku nak balik rumah awal..hehehe..padhal mak dah bagi kebenaran nak pergi, abah apatah lagi..asalkan bagitahu. pandai2 jaga diri..duk kat ruah pun aku menghabih ko boraih yo..hehehe..

Pasti ada pengalaman indah untuk di kutip..dan aku terbayang2 nak ke Pangkor, Rom, istanbul....gambar2 ni cuma hiasan semata..

9 comments:

arsaili said...

salam..Istanbul is one of the place in my list..tatau bila mampu nak ke sana

LotsOfLove-Pearls said...

Fahana,
Tahniah dah bjaya melepasi 1 lg halangan. Banyak juga pengalaman Fahana menjelajah Malaysia. Baik utk disimpan masa akan dtg. Next time dtg Sabah eh. Hehe.. Gud luck ok :)

SUN MEI COOL said...

weh ann, camne aku nak follow ko nye blog ni. xde site utk jadi member pon..... ajar aku nanti taw pas habis keje cari penajaan..

gud luk utk baksis.... kesengsaraan diakhiri dgn kesenangan... tempuhilah setiap tugas dengan ikhlas dan tanggungjwb k....

smileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

fahana_ann said...

arsaili:betul2..duit pun kene pk gak..huhu..tapi kalo planbetul, i.allah sampai gak..

huhu..tak banyak sangat lahLOL brbanding org lain yang lagi dah merata2 dia pergi..jeles betul..huhu.nanti bila ada rezeki, i.alah sabah pastinnya destinasi lawatan yg hebat..

huhu..kejenyer tak berat sangat tapi mental ni yang susahnyer nak kuat..huhu..umi, sebab aku tak buat follower tu pasal ko tak boleh follow

Muhd Suhaily said...

Terimakasih kerana melawat, ya sungguh indah sekali jika apa yang kita inginkan menjadi keyataan..teruskan usaha anda ann...
:)

Pok Li said...

Mungkin waktu muda ni timba pengalaman banyak-banyak untuk bekalan hari tua. Kalau ke Perlis, baksis UKM ke tu.

LotsOfLove-Pearls said...

Fahana..
mcm ada n3 baru Fish..
mana ek?
Hehe..

Bunga Rampai said...

Jauh berjalan luas pandangan. Luas pandangan bertambahlah ilmu.

Mengembaralah. Bumi Tuhan ini luas dan dipenuhi ilmuNya.

Salam :)

fahana_ann said...

muhd suhaily:bukan semudah yang dikata..nak realitikan tu perlukan usaha bersungguh..cabarannya banyak..terima kasih

pok li:saya ni terlambat gak..bile dah nak habis bljar baru terkejar2 nak ikut program..huhu..baksis UUM ke felda mata ayer..dimaklumkn ada jugak baksis di tmpat lain, dalam kwsn perlis..

LOl:yang tu tersilap LOL.hehehe...sbrnry pasal lain..hehehe

bunga rampai:betul..mengembara melihat ciptaan Tuhan, Sejarah,hilangkan tekanan..hehe