Saturday, November 21, 2009

celaru

Letih
rilex la, ade orang lagi letih tau..huhu...keep strong...
em>_<
alamak, tiket..huhu..cam ne ni..nak g canglun ke tunggu 26 je?
kalau 26 nanti ade lagi ke?
nak beli sekarang ke?..adoi, rajinnyer aku nak keluar pepetang ni..huhuhu..
kat alor setar ade ke nanti..ke aku tak balik raya haji..
owh tidak..naik kat kangar?
boleh jugak...
masih ade mase kalao nak ke canglun, tapi malaihnyer nak bersiap..
huhu...the last is..............(uncomplete)

Friday, November 20, 2009

2012 dan berkasih..

Ini posting yang ke 180, tapi aku tak tahulah tahap penulisan aku dan aku sebenarnya nak serius dengan bidang penulisan ni sebab ini yang buatkan aku rasa macam seronok nak lakukan dan kongsikan dengan ramai orang..em, perlukan usaha bersungguh pastinya dan aku tahu aku belum bersungguh sepenuhnya. Masih main-main lagi..huhu..

alhamdulillah, kerja untuk baksis dah semakin banyak yang clear..aku sebenarnya sangat risau dengan program ni..walaupun aku bukanlah MT untuk program ni dan cuma pelaksana untuk program derma darah tapi aku sangat takut..risaunya hanya Tuhan yang tahu. Mudah2an dipermudahkan segala urusan..amin..

Em, 17 november lepas, aku, ina dan zati ke jitra.memang hajat pas habis exam nak jalan2..tak dapat pergi pantai sebab musim hujan..bimbang angin kuat, dan hari hujan tak dapat jalan2..jadinya ke jitra, main bowling, tengok wayang dan menyanyi (dalam erti kata lain, berkaraoke)..huhu..itulah kali pertama aku pergi dan kata kawan aku "N, dan pecah tradisi"..huhu..aku katakan awal2 pada kawanku, kalau nak pergi tengok cerita yang bukan-bukan aku tak nak..dan aku mintak pendapat mak. Awalnye memang tak bagi, tapi ku pujuk..mujur gak aku selalu cerita pasal ina dan zati..jadinya dari ceritaku, mak kenal ina dan zati, dan kata mak, tak de ape yang best pun dalam wayang tu.Bingit telinga, tempat orang buat maksiat..sebab mak pernah pergi mak katakan begitu. tapi kata mak lagi, kalau nak pengalaman tengok sendiri...jadinya, secara tak langsung dan langsungnya aku pergi..Zati cadangkan 2012, dan aku setuju sebab bukanlah cerita yang bukan-bukan..zati tempah tempat duk belakang, kami bertiga..ramai yang datang dengan family dan kawan2 pastinya..yang kecik seawal berapa tahun pun aku tak pasti, tapi terlalu kecil untuk masuk wayang yang begitu bising.agaknye dah selalu mak dia bawak..hehe..

sebenarnya, lepas sampai jitra, cari makan dulu, pastu jalan2 dalam jitra mall nak legakan perut baru main bowling sebab tempah tiket kul 5lebih.Aku rasa lain kali kena pergi lagi main bowling ni..kalah dengan zati, dengan ina..diaorang dah selalu main..huhu..tak pe, sem depan tebus balik..em, pastu, berkaraoke,huhu..macam sedap je suara..sedap ke tak, tak kisahlah..tengok kawan2 aku gembira pun dah lega..em, pastu baru g tengok wayang..

Tentang 2012:em, di posternye tertera we were warned..kerana pemanasan global, dan kepercayaan terhadap hari kiamat, maka, ditafsirkan akan berlaku kehancuran bumi dan pada 2012 ianya berlaku..pada pendapat aku, ia bukan hari kiamat yang sebenar sebab sebagai umat islam ,selepas hari kiamat tiada lagi kehidupan di muka bumi ni..bumi akan hancur lebur diibaratkan macam mana pun dalam qur'an kita tak mungkin dapat bayangkan dahsyatnya..Tapi ia cukup menggerunkan..tak mungkin terbayang dek akal minda kita..sedang ibu dan anak masing2 akan menyelamatkan diri sendiri..dalam 2012, masih sempat masing2, mencari anaknya, masih sempat bertelefon mengucapkan 'saya sayang kamu'..sedang di hari kiamat, tiada yang sempat untuk memikirkan hal orang lain. Pada aku ceritanya bukan tentang sedikit peringatan untuk makhluk2 dimuka bumi...yup "we were warned"..dari awal lagi kita telah diberi amaran oleh Allah dalam Qur'an..agama lain juga percayakan ini cuma ada perbezaan dan sebagai umat islam, kehidupan abadi itu nanti di akhirat..samada di syurga atau neraka.

Sambil tengok cerita tu terfikir gak lah, luahkanlah kasih sayang sementara masih sempat, luangkan masa bersama insan yang disayang..Dan lagi kena ingat, kasih yang kekal terus di sana..kita sayang sangat mak ayah kita, adik beradik kita, suami atau isteri kita, sahabat2 kita dan kita harap untuk terus bersama dia hingga bila2 tapi sebagai hamba kita kena akur yang kita akan terpisah..kita semua apinjaman..namun, kasih sayang keranaNYA, akan bertemu di 'sana'..syurga dan keredhaan Allah matlamat kita..

Wednesday, November 18, 2009

usikan hati

hakikat yang namanya cinta tu apa? ia subjektif bukan. dan cinta yang pelbagai bentuk. kali ni aku tidk bicarakan cinta tentang Tuhan, cinta paa ibu bapa, cinta pada guru2 atau cinta pada sahabat, tapi cinta pada seorang manusia yang setiap orang merasakan ingin membina mahligai impian bersamanya..huhuhu.macam pandai jek, aku sendiri trpening gak..cinta ke suka..sendiri tafsir.sendiri rasalah kan..perasaan tu cinta bila bagaimana?apa pun. ia sangat subjektif dan memang sukar untuk diterangkan..yang pernah ku baca, kalau kita cintakan Tuhan, kita kena taat pada suruhannya, cintakan ibu bapa juga begitu, perlu dengar cakap mereka dn lakukan perkara yang membahagiakan mereka..cinta pada sahabat, kita prihatin, ambil berat tentang dia..

tapi cinta yang satu orng ni, susah nak dkata sebab, acctually, for my self..cintalah pada ALLAH lebh dari cintakannya..tapi aku juga manusia yang kekadnag trlencong hatinya..cuma kembali berdoa mohon jangan dipalingkan hati ini, janga dimurkai segala hubungan yang terjalin dengan baik ini..apa pun kesduahannya mungkin bukan dengan dia, mungkin akan dengn dia, hanya ALLAH yang tahu, mohon Tuhan terus tetapkan hati mencintai, mentaati terus mntaati DIA..

Cinta jarak jauh kemudian bimbang akan hilang kepercayan..kejujurn yang masing2 meragui..boleh kah meletak satu prinsip..jangan percaya sratus pratus tapi cuba untuk setia.susah tu..hehe..bukan setia dan percaya tu perlu seiring ke?hehe..untuk yang dah halal hubungan sekalipun, bila dah berjauhan, pasti kekadang ada meragui pasangannya (ni untuk yang berkenaan je la.yang terus jujur, dan percaya dengan pasangannya, kepercayaan pula tak dikhianati tu Alhamdulillah..

no matter what, hargai apa yang kita ada sekarang..curahan kasih yang telah pasti halal untuk dicurahkan tiada penghalang, maka gunakan peluang dengan baik..dan terus bajai dengan doa'...untuk yang belum halal ikatannya dan masih merencana, mencari dan mengenali, jaga hubungan agar tidakmembatasi syarak dan pastinya, kuatkan hati dan iman..stiap yang kita ada waima tlah halal dan pasti milik kita ia masih pinjaman cuma.. malah sebahagiaannya masih ada yang perku dibrikan kepada rang lain yang memerlukan..maka, jaga amanh dan anugerah Allah ini..semuanya nanti diperhitung di hari pembalasan..kasih LILLAH,betl ikhlas samaberjuang untuk agamaNYA..dijaga amanah dengan baik..insya-allah, kasih itu bertmu lagi di syurga..insya-allah.

Monday, November 16, 2009

jom makan angin, timba pengalaman

Akhirnya, tamat pun sesi perjuangan. fizikalnya tamat sedng mentalnya masih belum tamat memikirkan keputusan yang bakal kluar..huhu..

program bakti siswa (baksis) di Perlis insyaallah pada 22hingga 26 nanti..semoga semuanya berjalan dengan baik dengan lancar dan dihadpi dengan gembiranya...dapat keluarga angkat lagi ni...hehe..Selatan dan ada..barat pun dah..utara plak..Di Negeri Sembilan masa ikut program dengan kampung di Kampung Terachi, Negeri Sembilan..Siapa tahu angkat kening?hehe..

Cantik kampungnya...Tak dapat tengok ladang buah naga sebab kesuntukan masa..tapi memang bagus dengan penduduknya yang memang berusaha menaikkan nama kampung melalui IKS yang dijalankan..Produk makanan dan lain-lain..Keluarga kat sana pun sangat baik. Yang paling tak boleh lupa, kepedasan makanan tapi sangat sedap..bahasa yang mak cik tuturkan aku tak boleh nak tangkap..sebab mak cik cakap laju dengan bahasa nogori..pok li mesti tahu..hehe..mujur ade Kak Ina (anknya)yang tolong terjemahkan sikit2..baik hatinya Kak Lela hadiahkan kraftangan bakul daripada gulungan surat khabar...tak kan ku lupa budi baik keluarga di Terachi..

Kedua di Kampung Tampok Laut, Benut, Pontian...Yang ni baru je aku pergi sem lepas..kiranya pertengahan tahun ni..Bestnyer pasal Tampok ni sebab perkampungan bugis..Belajar bahasa bugis sikit2 je. Yang aku dapat ingat..mandre (makan), bale(ikan)..hehehe..tu pun belajar masa nak makan dengan ambok..ambok ni nama pangggilan biasa untuk ayah, abah, bapak bagi orang bugis..yang kita hormat..aku pandang ambok teringat arwah kakek (tok: dalam bahasa jawa dipanggil kakek)..sebab cara ambok macam arwah..hari terakhir, terberderai gak air mata aku sebb dengar suara ambok baca doa' untuk majlis terakhir penyerahan kembali anak dan keluarga angkat..sebak..huhuhu..tapi ambok tetap di hatiku...Kampng Tampok ni pun cantik..ada tempat rekreasi yang dah pun hampir siap..pasti dah siap sekarang...ada pulau pisang yang katanya cantik. aku belum sempat pergi masa berada di sana..insya-allah, aku nak berjalan lagi ke sana...

Mulanya berat hati sangat nak ke Felda Mata Ayer untuk program baksis tu tapidiajak beberapa kali..akhirnya, ditimbang tara, anguk jugak dan aku tahu ada banyak sangat kebaikannya, alasan utama yang aku tak nak pergi sbab aku nak balik rumah awal..hehehe..padhal mak dah bagi kebenaran nak pergi, abah apatah lagi..asalkan bagitahu. pandai2 jaga diri..duk kat ruah pun aku menghabih ko boraih yo..hehehe..

Pasti ada pengalaman indah untuk di kutip..dan aku terbayang2 nak ke Pangkor, Rom, istanbul....gambar2 ni cuma hiasan semata..

Sunday, November 8, 2009

yang namanya teknologi

Alhamdulillah..dah lepas beberapa paper tapi baru hari ini ku tahu yang aku tak boleh study di bawah tekanan melampau..langsung apa yang dibaca tak ingat..jadinya, panduan akan datang. Kalau sebelum ni aku belum nampak sangat. Tapi sekarang baru ku tahu..mujur belum terlepas untuk panduan akan datang.

Em,dan hari ini baru kembali aku update frnster yang dah lame sangat tak ku kunjungi..dah malas nak ambik tahu pasal frnster tapi kembali melihat komen rakan2 yang tertangguh..huhu..sekarang dah sibuk dengan facebook pulak..katanya facebook lebih menarik..ade game, dapat chat terus dan macam2 lagi..aku belum berminat dengan facebook ni..huhu..teknologi makin canggih dah tak tunggu siapa yang dibelakang..

Sebagai manusia yang hidup dalam arus kemodenan, manusia inilah yang nanti mungkin duduk rehat di kerusi menggoyang kaki sedang semua kerja ada robot-robot manusia yang melakukan..Tekan butang sana-sini tahu-tahu, baju siap dibasuh, nasi siap dimasak, pelbagai salinan kertas mudah tercetak..em, macam2 lagi lah yang tak terfikir manusia hari ini wujud depan mata...hebatnya manusia dan hebat lagi pencipta manusia memberi akal memudahkan kerja manusia..makanya, bersyukurlah wahai manusia sekalian..jangan lupa yang memberi ilmu juga jangan salah guna teknologi..semua di hujung jari anda.Klik kanan atau klik kiri..Ada pilihan terbentang..Tepuk dada tanya iman, tanya akal..Pandukan keduanya agar menepati di jalan yang benar..

Teringat satu ciptaan kumpulanku masa kelas communication. Ciptaan yang ingin dicipta kelak..Katil yang dilengkapi dengan segala macam sistem untuk membangunkan orang yang tidur..huhu..kalau dah nak tido kat mane2 pun lelap..huhu

Wednesday, November 4, 2009

coretan semata

Dah lama tak menggerakkan otot badan, dah tu main tak buat warm up dulu. Akibatnya sakit2 kaki. Tapi seronoknyer dapat rehatkan kepala otak dari buku2..huhu..Main skuasy tanpa ada ilmu masalah jugak..hehe..tapi seronoknyer tak terkata..ronda2 UUM dengan basikal, rehatkan badan di sauna.. tapi aku belum masuk lagi tempat sauna tu..main skuasy aje..em, terfikir nak main boling kat jitra plak pas habis cuti ni.. Rugi gak kalau tak ambik peluang ni..sementara tengah belum ada komitmen dan masa yang masih banyak..

Alhamdulillah, harap2 program BAKSIS di Perlis nanti berjalan lancar dan segala masalah dihadapi dengan baik..Mana mungkin tiada masalah dan tiada kesilapan. Tapi aku harap2 sangat berjalan dengan lancar..Amin..

Untuk peperiksaan yang bakal tiba pada 5 nov ni...em, minat yang penting membuatkan lebih mudah nak baca, nak ingat..

Ada kesusahan yang Dia beri, ada nikmat yang Dia tarik, Tapi ada juga gantian yang lebih baik..tapi, kita tak nampak..

Monday, November 2, 2009

dalam diri seorang rakyat

2 November 2009..bagaimana hari kita hari ini yang belum mencapai 12 tengah malam atau belum menjejak senja sekarang? Ya, ceriakan hari anda..bagaimana? maafkan orang lain, bersihkan hati. Jangan bersendiri, bersangka baik dan lakukan apa yang anda ingin pada orang lain, nanti kita akan peroleh. Jangan mengharap, tetapi yakin bahawa yang baik itu dibalas baik...

Pukul 2 pagi lebih aku terima mesej "Penat. Baru lepas berdebat dengan kawan. Dia lebih pada PKR.. tak de can nak masuk." Lebih kurang mesej dari sepupu itu membuat aku teringat rakanku. Agknye sepupuku ni nak menangkan kerajaan. Em, siapa nak kalah. Nak pulak kalau dah dibagi peluang bercakap..cakaplah apa sahaja. Masing-masing ada pendirian dan pegangan masing-masing. Hormati pendirian itu. Kata rakanku yang lain, kalau budak laki berdebat mahu sampai bermasam muka..seronok berdebat berkaitan pendirian manusia ni terutama berkaitan kuasa, fahaman dan seumpanya sebab apa yang kita pegang itu adalah diri kita. Ada misi, matlamat dan kepercayaan di situ.

Mana ada politik tanpa taktik, tanpa strategi, tanpa permainan. Samada permainan itu ikut peraturan atau tidak, itu diri pemolitik itu yang menentukan. Dirinya yang memikirkan untuk apa yang perlu dia lakukan. Di bawah, si rakyat jelata menunggu, mengikut dan tak kurang yang memberontak dengan cara masing-masing..Apa yang dimahukan rakyat yang berjuta ini? Apa yang belum mereka puas hati? Macam-macam..Kepuasan hati manusia tak kan mungkin habis, tapi cukup mungkin dapat memuaskan sesetengah pihak yang penting...Atau sebenarnya telah banyak yang diperoleh tapi akal ini tidak ingat apa yang sudah dimiliki atau tidak mahu ingat...

Jangan tanyakan apa yang diberi orang lain tapi tanyakan pada diri apa yang sudah saya sumbangkan pada orang lain...setiap kita sangat berharga untuk duduk di muka bumi bernama Malaysia, untuk melangkah kaki menjejak bumi Allah yang luas. Diri ini khalifah di sini..Di negeri abadi, penghakiman Tuhan tidak terkecuali untuk satu perkara sebesar biji sawi sekalipun..